//WAWAWAWA
Sweet owner ✿
Hope you enjoy reading as much as i enjoying posting my blog. Follow me? Thankyouu ^^v "Let the new story begins..."

FOLLOW ** DASHBOARD


Follow me, maybe?:-)


Daisypath Anniversary tickers
BOY♥WAWA

Memories ✍

Credits!

Template: Nurul AtiQah
Basecodes: Ainabillah Shafie
Others:   


Older Post
Second semester for Art Design.
1 December 2013 | 01:09 | 0 Sweet Cupcake
Assalamualaikum. Haiii uolls :) So long not see right? Jyeahh dah lama jugak aku tak update blog. Maklum sajalah wifi rumah kena potong. Hihi so whats new? Hm me? Takde apa kot buat masa ni. Alhamdulillah aku sihat semuanya sihat belaka. Btw harini 1 December tau and for yr information esok aku dgn Eby dah 2years 9month hihi. Syukurr harap berkekalan sampai ke akhir hayat. InsyaAllah.

Ehemmm so tahu kan before cuti sem macam-2 banda jadi, macam-2 peristiwa tapi kita sebagai manusia kita kena redha dan tawakal dgn ketentuan tuhan. Masa tu jugak lah final exam. Haha seriously final exam sem ni aku buat teruk gila macam org taktahu apa. Apa dalam pale otak aku yeahh aku kena repeat paper jawabnya ni. Haha k masa pun berlalu dan start lah cuti sem. UiTM punya reslut keluar 1haribulan 11 so aku tunggu la result aku 1haribulan tuu. Cuak wei sumpah kabo. Malam tuu Nyet call aku borak-2 dgn dia pastu dia tanya pasal reslut. Aku tak dpt nk check sbb wifi kt rumah takde si aku decide pergi rumah sepupu aku esok sebab dia pun pradip UiTM tapi Nyet kata dia boleh check kan so aku bagilah email dgn pssword aku sbb result dalam portal student keluar esok harinya. Jadi check kat email lah. Nyet senyap bila baca result aku, aku pun tanya result aku ehh sebelum tu aku tanya result dia dulu. Dia ckap dia repeat satu paper hmm takpelah takde rezeki lagipun dgr cerita ramai yg kena repeat. Haha pastu aku tnya result aku tup tuppp lulus semua. Alhamdulillah. Menjerit aku weii sbb excited sgt ahaha alhamdulillah. Hati aku lega sbb dapat sambung ke sem2 hihi aku risau dissmiss je hahaha. Legaaaaaa~

Masa pun berjalan dan berjalan. Sedar tak sedar aku dah nk daftar ke semester2. All stuff dah siap tinggal nak gerak ke Kuantan je. Hmm walaupun berat hati nk tinggalkan Cameron tapi disebabkan aku nak success dalam hidup dan aku nk buktikan kat mak ayah aku yg aku nk jadi designer atau artist yg berjaya satu hari nanti. Amin! And today dah seminggu tak start kelas, maybe Monday ni kot. Hope so sbb dah excited sgt ni. And one more thing semua budak AD dgn DGA sahaja yg stay kat IKIP5. Bisness dgn Account tukar ke IKIP3 hmmm miss them much. Tapi takpa sbb kat hostel still boleh jumpa. And and and budak UiTM kena pindah ke Casa Perindu. No more Casa Sonati hmmm rindu Nokis rinduu Medan Selera. Hmm to much memories there. Takpa apapun aku bersyukur sbb Allah masih lagi bagi aku peluang untuk hidup dan terus berjuang dalam hidup. Wuuu cewahhh. Sejak habis cuti sem ni dah macam sasterawan aku hahaha LOL. Ok lahh bnyk banda aku nk buat rini. Hmm maaf lah yeee takde picture hihi. Tak snap lagi. Next time k. See yaaaaa~

Sorry :'( Al-Fatihah
6 October 2013 | 20:20 | 0 Sweet Cupcake
Assalamualaikum, hi people. Sihat? Harap semuanya sihat lah ye :') Hmm alhamdulillah aku sihat je, takde sakit apa. Tidur cukup, makan cukup. Cuaca harini pun elok takde masalah semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah. Thank you Allah :')

Hmmm aku sebenarnya blank, macam-2 aku rasa sekarang ni. Sedih, bersalah, pilu haihhh. Aku pun taktahu nak mula cerita camne. Macam tak percaya pun ada, bila ingat balik hm semua ni mimpi kot tapi... hmm tahla. Rasanya dah heboh cerita ni, taktaulah satu Malaysia ke apa kann. Tapi dah keluar berita, aku rasa dah banyak yang tahu. Huhhh. "seorang pelajar lelaki IKIP lemas di Air Terjun Sungai Emas, Sungai Lembing" Tahu? Tahu? Ada dengar atau baca artikal ni? Hmm dia tu kawan kitaorang, kawan aku dan aku ada masa kejadian tu. Huhhh pedih rasa wei, kesian kat arwah. Sumpah aku kesian sangat, rasa macam nak marah je kat dia. Kenapa dia ikut kitaorang pergi tempat ni padahal ni planning budak AD jee haihh, aku bukan nak halau ke apa tapi kalau tak sebab dia ikut benda ni takan jadi :" Hmmmm astagfirullah. Aku sedih weii, aku pun dah taktau apa aku taip ni. Astagfirullah. Huhh. Allah sebenarnya nak tunjuk kat kita yg kita ni boleh mati bila-2 je tak kira tua ke muda ke kat mana-2 pun boleh. Allah cuma bagi punca je, hm punca arwah meninggal sebab lemas. Hmm Syed Amir Amirul, nama arwah. Aku mungkin tak dapat lupa  nama tu. Ya Allah, sekelip mata semua tu jadi haihh :'C

Planningnya dah lama. Pakat-2 budak AD je yang pergi, tah macam mana 3orang budak SOBM ikut. Haziq, Emy dengan arwah Myrul. Budak AD yang pergi aku, Nawar, Najwa, Rubi, Wada, Joe, Muhaimin, Waffin dgn Zul. 7lelaki 5perempuan. Dah dorang nak ikut takan kitaorang nak halau pulak kan, lagipun gf arwah *Najwa dengan gf Emy *Rubi ikut sekali tu lah sebabnya dorang pun nak ikut. Najwa dengan Rubi taktahu pun dorang ikut sekali sebab dorang tak bagitau pun katanya. Pegi lah 3 kereta, satu kereta perempuan saje Nawar bawak. Satu lagi Joe pahtu Haziq drive satu lg kereta. Lebih kurang 20 minit jugak lah dari Indera Mahkota 5 ke Sungai Lembing tu. Before ni aku ada pergi sekali tapi singgah gitu je tengok tempat, Nawar yg bawak. So kali ni planning nak berkelah sekali lah, kitaorang bawak roti untuk makan. Ehh berkelah sungguh lah. Ok sampai je kat tempat tu kitaorang pun mandi laa. Sampai kat situ lebih kurang pukul 11 lebih laa sebab singgah Petronas beli itu ini jadi lewatla sikit. Okay, mandi lah kitaorang. Makan-2. Hmm kitaorang taktahu pun yang arwah tu memang takboleh dengan air sungai sebab dia langsung tak reti berenang, sumpah kitaorang taktahuu tu pasal masa kitaorang mandi arwah main tepi sungai je. Ada jugak lah kena kutuk takut air la, kambing la haha :') Hmm memang happy sgt time tuu, pastu budak-2 lelaki ada tarik dia masuk dalam sungai tapi tak bawak tempat dalam pun just nak basahkan baju dia je. Kitaorang mandi tempat cetek je, sebelah tuu tempat dalam. Sungai dia tak macam sungai biasa, ada batu besar kecik bagai. Sungai tu kosong, air jeee pastuu hutan seberang sungai. Lepas dia basah, dia naik atas balik. Kitaorang sambung mandi, then kitaorang ada main tahan nafas siapa paling lama. Hehehe time tu memang kelakar la :') Hmm arwah cakap "nak join." Hmm aku ingat lagii haihhh. Ok main lah ramai-2. Main tipu lahh, budak SOBM semua tahan nafas tapi budak AD tak pun. Kira ramai-2 tapi tak selam pun hahaha :'D Kelakar wehh, fun habis lah masa tuu. Dia kat sebelah aku masa tuu, sebelah dia Wada.  Hmmmm :')

Tempat dia selam tuu cetek jeee tak dalam pun. Tempat Emy dekat dengan tempat dalam. Sungai tuu macam mana ehh, susah la aku nak explain tapi sungai tu ada cetek ada dalam, dalam dia memang dalam betul ahh. Sangat dalam, yang pandai berenang pun letih berenang kat situu. Yang pandai berenang Emy, Joe dengan Waffin je. Hmmm yaa maybe kitaorang terlalu riak jumpa air kitaorang tak perasan pun yang arwah dah ke Emy, taktahu camne dia macam termasuk ket tempat dalam dengan Emy sebab dia sempat peluk Emy. Mula-2 kitaorang gelak-2 lagi sebab ingat dorang main-2 tapi bila tengok muka Emy dengan arwah dah lain, Emy pulak jerit tolong-2. Kitaorang terus cuak, macam-2 kitaorang cuba buat masa tuu tapi arwah dengan Emy dah masuk ke tempat dalam. Emy ada cerita masa tuu dia dah tolak arwah ke tempat cetek tapi arwah patah balik ke Emy. Emy dah fikir dia dah takde dah masa tuu sebab dia cakap dia pun dah tak mampu, tak larat. Tah camne, Emy sempat berenang ke tempat cetek lepastu terus baring sebab terlalu penat. Joe pun ada berenang ke arwah tapi Joe pun tak larat, Waffin pun berenang ke arwah tapi arwah dah ke tempat dalam. Kitaorang cuma mampu jerit lepastu cari something untuk sambut arwah hmm Waffin jumpa buluh panjang tapi masa tuu arwah punya muka dah tenggelam, cuma tangan dia je ke atas. Hmmm, buluh tu tak sampai ke tangan dia. Kitaorang ada jerit "kalau kau ada lagi tolong angkat tangan kau" Tiga kali je arwah angkat tangan mintak tolong,Ya Allah aku ingat lagi camne muka dia masa tuu :'c Jelas sangat, depan mata aku sendiri. Ya Allah. Dia macam menangis, muka dia merah. Dia cuba  tolak diri dia naik ke atas tapi tak boleh sebab dia tak reti berenang. Hmm kali ke tiga, tangan dia je dia angkat lepastu slow-2 masuk dalam air. Subhanallah :''C Aku nampak semua dengan jelas wehhhh. Tak terbuat dah bila arwah tak timbul-2. Aku menjerit, Emy terus ke tempat tuu pastu menjerit. Kitaorang semua cuak nak mati weii. Sangat cuak. Najwa kat tepi tengok je sebab dia pun tak terbuat apa. Hmmm kalau korang ada masa ni, korang pun tak terbuat wehh :'( Sumpah aku kesian dengan arwah, kitaorang ada pegang tangan ramai-2 sebab nak cari dia, dapat rasa baju pun jadi lah still ada peluang. Tapi takleh, kitaorang takut kitaorang yg hanyut. Hmmmmm kitaorang blur gila time tuu. Aku still terpacak kat tempat tu menjerit dan menangis, Muhaimin dah menangis, Emy pulak terlentang menangis. Joe sampai ke hujung tengok arwah timbul lg ke tak. Hmmm terus kitaorang suruh cari orang minta tolong. Nawar dengan Haziq pergi panggil orang ramai. Hmm dah 15minit wehh arwah tak timbul jugak :'''( Kesian kat Najwa hmmmm. Sampai lah orang kampung tu pun dah setengah jam hmmm memang arwah dah takde wei. Pukul 12.52pm aku call 999 bagitau pasal kes ni. Hmm tapi orang kampung jumpa arwah dulu tu pun dekat sejam baru jumpa. Rupanya arwah tak jauh pun, dekat je dengan kitaorang :''( Ya Allah, memang tak jauh tapi tempat tu dah dalam. Tapi kalau kiaorang tahu, kitaorang tolong dah wehh cuma kitaorang taktahu je hmmmmmm :'( Sedih wehhh.

Family arwah kitaorang dah contact. Bagitau semua yg jadi. Hmmmmm taktau lah macam mana parents dia kan sebab aku dah tak fikir apa, aku non-stop menangis jee. Najwa lagi lah haihhhhh pakwe dia weh :'( Taktau lah nak gambarkan macam mana kitaorang masa tuu, first time weh. Hm lepas dah jumpa jenazah, aku pun dah nampak macam mana jenazah tu masuk dalam beg polis. Kitaorang terus pergi balai then buat laporan hmm dan sterusnya ke hospital. Sampailah ke malam, family arwah datang kitaorang bersalam dengan sedih, bersalah, trauma, pilu hmm macam-2 laa. Mak pada arwah cakap kat kitaorang masa kitaorang bersalam "Myrul tu tidur je, nanti dia bangun lah. Jangan menangis, kenapa semua menangis? Nanti kite nangis." Aku cium pipi mak arwah tiga kali then aku blah. Aku tak mampu wehhh. Aku pun sempat jugak tengok muka arwah sebelum masuk van jenazah hmm. Arwah dikebumikan esok hari kat KL. Kitaorang tak dpt pergi sebab exam, tapi takpela sempat jugak tengok muka arwah dan yang penting kitaorang orang terakhir bersama arwah. Hmmm :''')

Berita di Harian Metro.

*bersama 11 rakannya.

Tweet arwah sebelum meninggal :''/


Tweet rakan-2 beliau :'/

  
gf beliau dan rakan IKIP. Hmm :'''/

Benda yang sama arwah post di Facebook. Arwah dah dapat rasa dia akan pergii :'''/


Bersama rakan IKIP beliau.

 
"Hmmmmmm Myrul... Aku dengan kawan-2 nak minta maaf atas apa yang berlaku. Kitaorang dah usaha habis habisan dah masa tu tapi... hmmmm maafkan kami :'( Apa yang kau hutang, kami halalkan. Makan minum pun kami halalkan. Kitaorang akan selalu doakan kau kawan :') Harap kau tenang di sana dan diletakkan di tempat orang-2 yang beriman insyaAllah. Amin."

Syed Amir Amirul.
5/10/2013. 2.30pm

Al-Fatihah :''
 




I'm Art Design student.
4 August 2013 | 04:17 | 0 Sweet Cupcake
Assalamualaikum and hi ;)

Alhamdulillah syukur, tuhan masih lagi bagi aku peluang untuk hidup dan tak sangka pejam celik aku dah nak masuk semester 2 dah. Tak lama lagi nak final exam wuuu. *Takut kitee. Ahaha uish terasa kekok la pulak, lama betul aku tak menaip sampai tahap pakinsen jari aku dibuatnya. Ahaha rinduu nak posting blog al-maklumlah budak Art Design lah katakan. Serious talk kitaorang langsung takde time nak rest, assignment bertambun-2. Hmm dahla nak kena membaca dalam masa sama nak kena buat projek. Dari first week belajar pasal sejarah seni dengan seni kebudayaan langsung aku taktahu apa, padahal subjek tu wajib lulus kalau tak kena ulang. Hmm tak sanggup aku nak seksa diri sem2 nanti. Tapi nak buat macam mana aku taktahu apa, tawakal je lah dalam masa sama usaha tu penting. Over all Alhamdulillah. Kawan kawan? Wuish semunya best-2 tapi yang berlagak bagus tu ada lah kan. buat tak tahu sudah, tak gitu? Kawan-2 aku semua tak kedekut ilmu, kalau yang pandai tu selalu share takpun tolong membe yang tak reti. Especially dalam kelas drawing. Semua pakat-2 tolong sama sendiri. Best best best! Tu je yang aku boleh cakap.

Trace logo kelas Encik Jai

Drawing kelas Encik Pian

Ambigous Geometri & Organik

Trace logo sendiri.

Okayy itu sahaja dua tiga art work yang aku dah buat sepanjang pembelajaran aku. Hhihihi byebyee



My favourite hijab!
16 May 2013 | 04:55 | 0 Sweet Cupcake
Assalamualaikum and hi fella.

Ehem ehem~ harini aku takde kerja. Atas sebab aku ada banyak masa terluang. So aku buat lah benda yg menyeronokkan aku, bukan menari atau menyanyi ok. Actually aku ada something nak show kat korang, at the same time aku nak ajar korang macam mana nak pakai favourite hijab style yg selalu aku pakai. Selalu jugak la. So harap korang suka! ;)

Jenis pashmina, tak keras dan tak lembut senang nak bentuk kat muka. Jenis kain lebih kurang cottoon.

Lest start!!!! ;D

Okay oualls, first things as usual sebelah pendek dan sebelah panjang.

Pin macam biasa, jangan sampai tercekik ok :b

Yang pendek bawak ke panjang then pin kat dalam. Pin kan kat inner k.

Then yang panjang tu lilit ke muka, jangan lilit sampai tak nampak muka. Maksudnya lilit satu kepala lah tengok gambar macam mana :X

Dan last sekali pin pashmina yg dah dililit satu kepala supaya tak selekeh. Kena tiup angin pun stay je ;D


Tadaaaaa!!! Comelkan saya. Pffft :b Dah siap. Senang, simple dan yg penting tak merimaskan. wkwkwkwkwk ^^


*Bilik bersepah so sori kalau sakit mata hihihi kboi :>