Sweet owner ✿
![]() Memories ✍
Previous post ☺ ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
| Karya Aziz Afkar
8 May 2013 | 11:02 | 0 Sweet Cupcake
Malam yang sejuk dan dingin tambah pulak cuaca di Cameron Highlands harini hujan. Aku masih tak boleh lelapkan mata walaupun seorang demi seorang tidur dan tinggal ku kesorangan di ruang tamu kerana masing masing sudah masuk ke bilik sendiri. Entah kenapa hatiku agak gelisah dan tidak menentu sejak dari semalam semasa ku membaca sebuah novel cinta yang cukup meruntun jiwa dan menyayat hati. Novel Hartini karya Almarhum Aziz Afkar.Lalu satu hari Amli telah menutuskan surat kepada Hartini bahawa Azimah sahabat Hartini telah meluahkan perasaannya kepada Amli dan oleh kerana Amli tidak mahu menghancurkan hati Azimah, lalu menerimanya walaupun dia tidak mengatakan bahawa dia cinta atau tidak kepada Azimah. Dan mereka akan bertunang tidak lama lagi. Azimah betul-betul telah merampas Amli dari Hartini namun apakan daya Hartini beringatkan bahawa Amli tidak cintakan nya lebih dari sahabat sendiri. Hartini menerima takdirnya walaupun hari demi hari dia kurang makan dan mukanya pucat. Hartini sakit. Tidak lama kemudian bila hampir tiba hari perkahwinan Amli dan Azimah, Azimah telah mengkhianati cintanya terhadap Amli kerana kini dia tidak suci disebabkan ada hubungan dengan kenalan atau teman Amli sendiri iaitu Sudin. Amli mengetahui berita itu ketika sahabat baik yang dianggap sendiri seperti abang kandungnya bernama Arman telah menyampaikan surat bahawa Azimah dan Sudin berada di tempatnya, tinggal sehari dua untuk melakukan pengguguran kandungan Azimah dengan Sudin. Dengan rasa cukup terkejut dan rasa dikhianati Amli terus berasa benci terhadap Azimah dan mula rindu kepada Hartini yang dicintainya. Dan tuhan telah memberi petunjuk bahawa nenek Amli ada adik iaitu Azdi dan mempunyai cucu perempuan yang manis bernama Hartini yang diberinya sendiri oleh nenek Amli sewaktu dahulu. Lalu tanpa membuang waktu, Arman memberitahu tuk Azdi iaitu atuk Hartini bahawa kakaknya nenek Amli sedang uzur dan disuruhnya datang. Mereka bertemu tetapi nenek yang buta itu telah menghembuskan nafasnya. Amli yang dijaga dari kecil hingga dewasa, Amli tidak lari dari berasa sungguh sedih. Amli telah menceritakan kepada atuk Azdi bahawa dia dan Azimah tidak jadi kawin apabila atuk bertanya. Terus atuk memberitahu supaya dia hendak satukan Amli dan Hartini daripada yang dihajatkan oleh arwah nenek dan atuk sendiri. Amli pada mula tidak setuju kerana dia berkata Hartini tidak kasih padanya tapi bila diyakinkan oleh atuk bahawa Hartini selalu termenung dan merintih bahkan sakit bila hari perkahwinan Amli dan Azimah hampir tiba. Tanpa membuang masa Amli dan atuk pergi ke rumah untuk berjumpa Hartini. Amli memberitahu bahawa dia dan Azimah tidak berkahwin. Sempat juga Amli meluahkan perasaannya ketika Hartini terbaring di katil menunggu takdirnya. Amli berkata "Tini. Jika dulu tidak pernah aku mengucapkan ini kepadamu, tapi biarlah sekarang saja kuucapkan! Tini adikku! Aku cintakan kau, sayang! Cinta sepenuh hati dan perasaan!" Hartini sempat dengar namun tidak lama selepas itu dia meninggal dunia. Amli berubah menjadi seperti dulu, tidak bercampur orang dan selalu termenung. Amlu pernah menceritakan tentang novel terunggulnya yang akan ditulis tentang hidupnya dan sebelum Hartini pergi dia telah berjanji untuk menyiapkannya dan diletakkan tajuk berjudul ARUS yang diberi oleh Hartini sendiri berdasarkan perjuangan hidupnya dan kisah perhubungannya dengan Hartini yang terumbang-ambing dibawa arus zaman. Amli telah menyiapkan novel tersebut sebelum dia jatuh sakit dan terbatuk batuk yang mengeluarkan ketulan darah. Amli telah menyampaikan wasiatnya kepada Arman dan selepas menyebut kalimah agung suci dengan tersenyum tenang, roh Amli telah terpisah dari jasadnya. Beberapa bulan kemudian novel ARUS karya terakhir almarhum sasterawan muda Amli yang dilahirkan dari luka-luka jiwa dan cucuran air mata yang tak henti-henti. "Untukmu Tini, akan kuhadiahkan sebuah novel yang aku tulis dengan darah dan air mataku sendiri!" Sekian :' |