Sweet owner ✿
![]() Memories ✍
Previous post ☺ ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
| Dia dah pergiiii dah :')
21 January 2013 | 20:46 | 0 Sweet Cupcake
Assalamualaikum :') Jawab jawab, dosa kalau tak jawab. Heheh. Nampak macam ceria tapi dalam hati alahai, tak terkata sedihnya. Tapi nak buat camne, tu lah namanya pengorbanan. Sempat jumpa, sempat luangkan masa sama sama walaupun bagi aku kejap sangat. Hari Jumaat, aku amik half day kerja semata mata nak jumpa dengan dia. Aku turun TR dengan cousin aku naik moto sebab nak jumpa dia. Bila dapat jumpa tu, seronoknyelahh. Dia pulangkan gitar kesayangan aku :') Pasni takde siapa nak main, takan nak biar je kat rumah dia. Kalau tak dia selalu main. Heheh.Malam tu ingat nak date berdua je, tapi dia nak ajak ramai ramai sebab hari last dia kan. Lepak la reramai dengan adik aku, cousin aku dan kawankawan depe. Aku belanja dia makan Nasi Goreng Tomyam dengan Sotong masak pedas. Aku dengan dia makan sesama :'> Ingat lagi, dia tak makan sotong tu dia letak kat pinggan aku. Apelaaa :'P Aku pun makan jelah. Pastu jelan kat pasar malam, ekspo sampailah semua nak balik sebab nak tengok MLM final. Kalau ikutkan aku, aku taknak balik lagi. Heheh, tapi dia pun nak balik risau ayah dia marah. Jadi balik lah semua. Time kat tangga panjang otw ke rumah aku, aku terus diam tak cakap banyak. Sedih wehhhhh :'/ Lepastu dia tanya kenapa, aku terus peluk pinggang dia then nangis. Hahaha :'( Kelaka kan. Hmmm. Dia terus pujuk aku, pastu dia cakap "b pergi tak lama, 4tahun je. Kalau boleh b naik la Cameron" Lagi lah teresak esak aku nangis :'/ Dia peluk sebelah tangan, dia gosok lengan aku. Hm :'/ Dah nak sampai rumah, aku taknak balik lagi. Rasa macam nak ikut dia je sekali. Macam boleh* Hmm. Aku tengok je muka dia. Pastu dia suruh aku masuk, aku cakap pergi dulu. Aku nak tengok dia pergi. Dia cakap dia nak tengok aku masuk rumah dulu, risau mungkin. Aku pun dengan nangis, aku salam, aku cium tangan dia. Dia pandang muka aku, dia cakap "jangan la nangis beby" Aku pun senyum. Aku cakap bye, dia senyum. Dia gerak naik motor. Aku terus menangis. Adik aku Ami pujuk aku. Aku masuk bilik nangis sampai aku letih. Aku pun text dia. Dia masih pujuk aku. Reda lah sikit. Dia cakap Sabtu esok dia gerak pukul 1tengahari. Aku terkejut jugak kenapa awal sangat sebab daftar hari Isnin tapi aku taknak lah banyak tanya pastu paksa pergi Ahad. Mungkin dia saje nak pergi awal, tak sabar maybe :') Hm, takpelah. Text lah sampai tengah malam. Masing masing pun dah letih, tudur. Esok, aku pergi kerja awal pukul 8 sebab bukak pagi. Muka mudi je walaupun dah jumpa, walaupun aku cuti seminggu start hari Isnin sebab kenduri anak bos. Heheh :') Sedih sangat. Tapi biarlah, dia nak belajar. Aku borak borak dengan kawan aku Ean yg sebaya dengan dia pasal aku jumpa Eby semalam. Pastu, Ean suruh dia datang kedai nak jumpa kejap at the same time, aku dapat tengok muka dia sebelum dia pergi :') Aku terus text dia suruh datang. Mula mula dia segan tapi aku cakap aku teman dia. Terus dia cakap okey. Aku pun tunggu. Dia pun datang. Date lah kejap kat meja luar, aku bagi air milo. Aku yg beria jumpa dia. Ean kejap je, borak jap pestu blah. Tinggal aku berdua, Ean nak kasi chan lettu. Sembang lah~~ pukul 12 dia nak kena gerak sbb nak jumpa wan dengan tok dia dulu. Aku pun cakap pergi lah. Dia macam nak taknak je bangun dari kerusi, aku pun macam nak taknak je bagi dia pergi. Hehehe :') Tapi last last dia pergi, aku cium tangan dia, dia salam Ean then dia blah. Sejam pastu, dia msg cakap nak gerak dah. Dia ikut Gua Musang jadi dapat lah tengok dia pergi naik kereta. Aku stanby kat luar dengan Ean tunggu dia lalu. Text, tanya dia kat mana dah, dia cakap kat Golf club. Okay, dekat dah. Aku tunggu. 5minit pastu, nampak kereta dia lalu. Ayah dia, Pulut abang dia, E adik dia dengan dia. Aku pandang tak kelip, aku nampak dia! Dia pun pandang aku dari cermin belakang, siap pusing mengadap belakang lagi nak tengok aku punya pasal :') Kereta dia pun pergi, dia pun pergi. Sedihnya laaa :'/
Ni masa kat kedai, aku teman dia. Hihih :'D Tengok apa lettu, tak perasan aku curi snap gambar dia. Hihi :')
Ehhh, shayang. Kenapa muka awk camtu? Hihi :'p Rinduu awk b :'*
Esok pagi pukul 8, dia kejutkan aku suruh bangun. Aku dengan muka mamai, aku bangun lah. Aku cuci muka, aku balas msg dia. Aku tanya kat mana semua, tanya nak daftar dah ke pastu aku suruh dia simpan endet dia elok elok sebab takut nanti ada org curi pulak kan. Aku suruh dia simpan dalam bag, sorok dalam dalam. Setengah jam tunggu, baru dia balas. Dia cakap takboleh bawah enset dengan smiley sedih. Aku lagi lah sedih, tak dapat lah nak text ke otp ke. Hmm, tapi nak buat camne kan. Undang undang kolej voke tu. Hmm. Aku cakap lah takpe. Suruh dia simpan kat rumah nenek dia elok elok. Pastu dia balas "Ye okay, hm byebye. Ni last msg. Hm, bye. Ilysmmmmmmm!!! Imysmmmmmm!!! Mmmmmmmuuuuuuaaaaahhhhhhhhhh !!!! LOL :') :***" Sampai lah harini, dah nak masuk hari ke-2 enset aku sunyi sebab takde sape text. Kalau tak, ada je msg masuk. Siapa lagi kalau bukan Eby yg msg :') Msg pastu bergaduh lah, perli lah, sweet lah, sedih sedih lah, macam macam lagi lah. Aku sunyi sangat dia takde. Kalau dia takde kredit pun, boleh jumpa sebab dekat tapi sekarang dia jauh. Hmmm, takpelah Wa :') Ni semua ujian dan pengorbanan. Apapun, aku akan tetap tunggu dia sampai dia habis study. InsyaAllah, aku dengan dia kumpul duit terus ehem ehem. Hehehh :') Mengharapkan sesuatu yg baik tu tak salah kan? Mana tahu dia jodoh aku. Allah sahaja yg menentukan. InsyaAllah. Amin! :') |